Isnin, 22 Oktober 2012


               Unit Bimbingan & Kaunseling

                    SMK Telok Air Tawar
                     13050 Butterworth

Mesra Membimbing | Belaian Psikologi Menenangkan Tekanan Emosi

Unit Bimbingan Kaunseling merupakan satu unit yang cukup penting dalam sistem pengurusan sekolah pada masa kini. Pelbagai aktiviti dilaksanakan dengan satu matlamat iaitu memberikan suasana kondusif dan trapeutik kepada para pelajar.




Ini lah bilik untuk sesi kaunseling. Alhamdulillah bilik yang cukup selesa, cukup kondusif untuk anak-anak SMKTAT menjalani sesi kaunseling individu dan juga sesi ponteng kelas hahhaa..





Bilik ini menyimpan seribu satu kenangan yang cukup indah untuk dikenang. Menangis, ketawa, resah gelisah, kejayaan , kegagalan dan segala macam konflik jiwa anak-anak didikku tersemat dan tersimpan kukuh didalam sanubariku..

Aku merasai apa yang anak didik ku rasa, dan aku sedaya upaya cuba memberi celik akal buat mereka, jauh di sudut hati ku ini, aku ingin melihat mereka BERJAYA, BERJAYA dalam erti kata menjadi anak yang soleh dan solehah yang memberi kebaikan di dunia sampai akhirat sana..




Ini antara wajah-wajah anak didik ku tahun 2010.. SPM telah di umumkan, suka duka, sedih pilu sama-sama mereka berkongsi dengan ku..



Itu Kaunselor baru, rakan seperjuangan ku.. Kaunselor Suhaili Abu Kasim.. Kaunselor muda, hahah ramai anak-anak pelajar yang rajin bertandang, konon nya untuk mendapatkan khidmat kaunseling, tapi sebenarnya nak jumpa dengan kaunselor Suhaili hahah... lucu anak-anak ni..



Sememangnya aku bahagia mengharungi suka duka, kegagalan dan kekecewaan bersama mereka..
Sesungguhnya kejayaan mereka adalah milik aku bersama.. aku bahagia bila mana mereka bahagia, andai mereka kecewa aku turut merasai apa yang mereka rasa...






                                                                Barisan titipan aksara ;
                                                                        SuNaTaLizA

Selasa, 9 Oktober 2012

JAWATANKUASA BIMBINGAN DAN KAUNSELING


Penasihat
Pn Hajah Robiyah binti Abu
Pengetua
Pengerusi
Pn Hajah Muntaj Bagam bt Shaikh Ismail
Penolong Kanan HEM
Kaunselor
Pn Suriani bt Wahab
Pn Suhaili bt Kassim
En Nazrul Afendi
Guru Kaunseling
Guru Kaunseling
Guru Kaunseling
AJK
Semua penyelaras tingkatan
Pn Shatiroh Md Saad
Pn Faezah bt Abd Rahim
Penyelaras tingkatan
Guru Penolong
Guru Penolong